Monday, January 2, 2017

Pengalaman ke Surabaya - Part 2 (MELIHAT SUNRISE DI BROMO)



Setelah selesai pendakian Gunung Ijen, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi kedua iaitu Gunung Berapi Bromo yang terletak di Daerah Probolinggo.  Perjalanan yang sejauh 200km itu memakan masa hampir 7 jam dari daerah Banyuwangi . Kami bertolak jam 1 tengahari dari Hotel Santika dan sempat singgah di persisiran pantai dalam perjalanan ke Probolinggo.

Baca part 1 di sini

 kami singgah di pertengahan jalan. Menyaksikan laut yang luas terbentang.

Kelihatan di seberang sana ialah kepulauan Bali.

Pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan dan udaranya yang nyaman menjadikan ia pengalaman yang menyeronokkan. Kami melintasi pengkalan feri yang menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Bali.  Daerah Banyuwangi ini sebenarnya terletak bersebelahan dengan Pulau Bali iaitu dengan hanya menaiki feri selama sejam saja sudah sampai ke sana. 



Jam 6 petang perut mula terasa lapar. Kami singgah di restoran Pondok Bambu. Menu yang dipilih adalah Bebek Bakar. Bebek maksudnya itik. Wah! Masakan bebek bakarnya begitu menyelerakan sekali. Kami memilih duduk di atas pondok yang cantik di tepi sawah padi. Suasanan ala kampung itu menambahkan lagi selera kami. Suasana damai begini memang mengingatkan zaman kecilku bermain di kampung nenek. Sungguh indah dan tenang sekali. Hidup di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur kadang-kadang terasa menyesakkan dada. Namun kami terpaksa bersabar kerana rezeki kami di situ. .

ada beberapa pondok comel dibina dibelakang restoran. Pondoknya tiada meja. So kami makan ala2 kampung di tepi sawah.

Hampir jam 8 malam kami sampai ke hotel SM Bromo di Probolinggo dalam keadaan letih tapi seronok. Hotelnya agak selesa dan cantik dengan senibina tradisional. Kesejukan mencengkam hingga ke tulang rusuk. Sejuk sekali kerana kami berada di puncak gunung. Malam itu kami paksa tidur awal kerana seawal jam 3 pagi kami harus bergerak untuk melihat matahari terbit di bukit penanjakan. Hati begitu teruja tak sabar menanti pagi esok.


Hotel SM Bromo (Gambar google). Sangat cantik dengan senibina tradisonal. 


Jam 3 pagi pintu bilik diketuk oleh krew Javanesia untuk pastikan kami bangun bersiap untuk bertolak. Seorang anak muda yang juga pemandu jip sudah terpacak di hadapan hotel. Wah! mereka  begitu menjaga masa. Aku kagum dengan komitmen mereka. Kami menaiki jip dan melalui jalan bersimpang-siur menuju ke bukit penanjakan. Kemudiannya kami berhenti di hotel yang seterusnya untuk mengambil group yang lain. Namun aku agak terkilan kerana terpaksa membuang waktu hampir sejam menunggu mereka yang bersiap lewat.  Perjalanan diteruskan walaupun hari sudah cerah. Dalam hati berkira-kira sempat atau tidak menyaksikan pemandangan sunrise yang menakjubkan. Kami sempat melewati sekumpulan pelancong yang hanya berjalan kaki menuju ke bukit Penanjakan. Pergh! mereka begitu bersemangat sekali walaupun perjalanan sangatlah jauh.

Jalan menuju ke bukit Penanjakan bersimpang-siur. Nasib baik aku memegang kuat pemegang kat atas pintu dalam jip tu. Kalau tak memang dah jadi macam belon melambung2 dalam jip tu. hahah! Suasana pagi yang dingin menggigit kulit. Aku mengemaskan jaket setebal 2 lapis itu berulangkali. Sejuk. Apabila kami sampai di puncak hari sudah cerah. Suami merungut. aku hanya senyum. Apakan daya kami sudah awal tapi kumpulan lain yang lewat menyebabkan kami tidak dapat meyaksikan dari awal pemandangan sunrise yang begitu cantik.


Subhanallah! Pemandangan yang begitu menakjubkan sekali


Namun begitu, pemandangan yang kami sempat saksikan masih begitu cantik dan menakjubkan. Kelihatan Gunung Batok gah terbentang indah dicelah-celah awan. Waktu pagi di bukit penanjakan memang sesak dengan pelancong asing terutama dari Eropah. Kami terpaksa memanjat mencari ruang untuk merakam pemandangan yang indah itu. 


Awan kelihatan begitu rendah sekali kerana bukit Penanjakan ini sebenarrnya berada kawasan tanah tinggi. bayangkan awan berada dikaki bukit. Aku begitu takjub dengan pemandangan dan keadaan muka bumi yang begitu cantik sekali.


Kami sempat merakamkan banyak kenangan di sini buat tatapan di hari tua nanti. Chewwah!. sebenarnya terlebih excited!.. Bahaaha!

Terdapat sebuah surau yang dibina di atas bukit Penanjakan. Suraunya ringkas saje dan disekelilingnya ditanam bunga-bunga yang segar. Dapatlah pengunjung menunaikan solat Subuh sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya. Udaranya begitu sejuk  dan nyaman sekali.  Rasa macam nak pindah tinggal kat sini terus.. ahaks! Bunga-bunga segar dan cantik berkembang subur di sekeliling tu rasa nak petik2 jea.. geramm.



Selepas puas menyaksikan pemandangan di Bukit Penanjakan. Sekitar jam 7 pagi kami kemudiannya menaiki jip dan bergerak menuju ke Bukit Cinta. Kami terpaksa mendaki sedikit menuju ke puncak bukit Cinta  yang pemandangannya ternyata begitu cantik dan memukau jiwa. Pemandangannya ibarat sebuah lukisan asli ciptaan Tuhan yang Maha Pencipta. Sungguh indah dan takjub sekali. Rugi kalau tak bergambar sepuas-puasnya di sini.



Penat jugak panjat Bukit Cinta ni. Memang kena ada stamina bila datang tempat2 macam ni. Kalau tak semput Jah oi!..


Pemandangan Gunung Batok dari Bukit Cinta yang sungguh mendamaikan. Kalau korang perasan gunung paling tinggi kat belakang sekali tu adalah gunung Berapi Semeru. Ia meletus mengeluarkan asap dari kawah setiap 10 minit sekali.

Ambik feel  pengantin lama... Fefeling honeymoon gitew...

Sila jangan muntah... ahaks!


hmmmm ... dah habis gaya sebenarnya. hai! susah juga nak posing asyik gaya sama jea. hahah!


Tinggi woi!



Selepas dah habis beraksi depan kamera kalah model majalah dan artis hollywood, kami menaiki jip menuruni Bukit Penanjakan dan menuju ke kawah gunung berapi Bromo. Pemandangan sekelilingnya begitu indah sekali, konvoi kami kemudiannya berhenti di kawasan padang pasir yang lapang berlatar belakangkan Gunung Batok. Kawasannya sungguh cantik terasa macam melancong ke tanah arab pulak.. Pasirnya hitam dan halus. Pasir ini ialah sebenarnya debu gunung berapi yang pernah meletus mungkin beratus tahun dahulu yang menyebabkan terbentuknya hamparan padang pasir yang sejauh saujana mata memandang... patah kaki kalau nak joging... hahah!



Gunung batok yang cantik tersergam. gunung ini rasanya sudah tidak aktif. Subhanallah!  Maha suci Allah yang menciptakan hamparan bumi Berapi yang begitu indah dan takjub.


Berlatar belakangkan gunung Bromo dan gunung Batok


Inilah konvoi group dari Malaysia. Tak pernah berjumpa di Malaysia tapi bertemu di puncak Bromo.


Gambar dirakam oleh pemandu jip kami yang begitu arif dalam bab posing-memosing...agak2 boleh masuk majalah tak?.. hahah

Trip Javanesia memang thorbaik.. servis tiptop. puas hati giler!.. korang yang berminat untuk datang ke sini boleh hubungi no phone Mr Fajar -  +6282136558855-

err... Boss Fajar sila bagi diskaun untuk next trip yea... hahahah

Dating atas jip sat.. ecehcehh.. 

Pemandangan di sekitar padang pasir kelihatan kelam sebab ia berada di atas awan. So kawasan disini memang berkabus. Sesekali angin sepoi2 datang "emangnya dingin sekali pak!".




 Masa trip kami ni, krew Javanesia sempat membuat rakaman aksi stuntman untuk promosi facebook mereka iaitu FB Trip Javanesia. Aku  pon kenal mereka melalui FB jea. Senang!.. Jip merah yang kami posing ni dipandu laju dan mengelilingi bulatan beberapa kali.. Pergh!! apa lagi aku menjerit sekuat hati.. Bahahahaha.. takut giler! setelah beberapa aksi stuntman tue.. aku rasa cam berpinar2.. kah! kah! kah!



Selepas aktiviti biasa iaitu bergambar sepuas hati. Kami berangkat menuju ke tempat WISHLIST 2016 yang dah lama aku tulis dalam diari.. ececehh!. Iaitu Kawah Gunung Bromo. Hati memang excited giler okeh!

Jaraknya tak jauh dari tempat yang kami berhenti tadi. Lebih kurang 10 minit kami sampai di kawasan kaki gunung berapi Bromo.Semua jip diparkirkan di satu kawasan yang agak jauh dari kaki  gunung Berapi Bromo. Kami  dimaklumkan, kawasan sekitar kawah sentiasa dipantau oleh Pusat Vulkanologi dan Indonesia Mitigasi Bencana Geologi (CVGHM) untuk mengetahui tahap keaktifan kawah gunung berapi.  Jadi kenderaan perlu diparkir agak jauh. Patah kaki jugak kalau nak jalan. Tapi boleh jea sebab mat Salleh memang jalan kaki jea.






Oleh sebab aku ni malas dan ada option lain pulak tu. Kami mengambil keputusan menunggang kuda padi yang sedia membawa para pelancong ke kaki gunung Bromo. Tambahan lagi aku memang excited nak naik kuda. Jakun babe! hahah



Kawasan sini memang berdebu. pasir gunung berapi ni memang halus macam pasir pantai pastu angin plak kuat giler. memang terbatuk2 lah korang yang tak pakai penutup mulut dan hidung. Belakang aku yang baju hijau tu ialah tuan punya kuda. Dia rilexs jea jalan kaki.. entah berapa trip sehari dia jalan kaki. yang penting masyuk! hahah..


 Tambang yang dikenakan sekitar 150 juta rupiah untuk 2 hala. Tapi kami sempat lagi tawar menawar. Akhirnya kami mendapat harga 125 juta rupiah untuk 2 hala… hahaa… Ia pengalaman kali pertama menaiki kuda. Mula-mula tu rasa agak gementar tapi pemandu kuda sempat mengajar kami cara-cara mengendali kuda dengan baik… Perjalanan menunggang kuda hanyalah sejauh 2 km. Kalau nak berjalan  kaki pun boleh jugak…



Selepas naik kuda lebih kurang 15 minit, akhirnya kami sampai di kaki gunung berapi bromo. Belakang tu ialah gunung batok yang tersergam indah.  sebenarnya seram jugak tengok gunung berapi ni. Sebab kalau korang perasan tu kat kaki gunung berapi tu ada pokok-pokok yang warna kelabu asap. Biasanya kita tengok hutan kat Malaysia ni warna hijau jea kan. Tapi hutan kat sini warna kelabu asap sebab telah ditimbusi lahar gunung berapi.


 Bergambar dulu selepas turun kuda . Kawasan ni sebenarnya dah separuh ketinggian gunung  Bromo. Then separuh lagi kena panjat sendiri. huhuu.. wajib pakai penutup hidung okey. Sebab debu kat sini memang teruk giler...


Selepas berbulan-bulan memendam perasaan teruja dan excited giler ingin melihat kawah gunung berapi BROMO dengan LIVE. Tiba-tiba bila sampai kat puncak jea perasaan aku  BERUBAH sekelip mata..

 (Kenapa? Aku akan kongsikan dalam entry yang akan datang... )

PART 3 




No comments: