Saturday, October 8, 2016

Pengalaman ke Surabaya - Part 1 (MELIHAT BLUE FIRE DI KAWAH IJEN)



Assalamualaikum..  kalau sebelum ni aku banyak membaca pengalaman daripada blogger-blogger lain sebelum memilih tempat untuk travel. Jadi kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman  bercuti ke Surabaya tempoh hari. Manalah tahu ia mungkin boleh membantu anda merancang perjalanan percutian ke Indonesia dengan seronok sekali. 


 Percutian kali ini aku pergi berdua dengan suami.. Ajak kawan-kawan yang lain semuanya sibuk nak Raya.. so proceed 2 orang saje. Ala-ala honeymoon gitew.! Oh tiket ke Surabaya telah ditempah 5 bulan sebelumnya lagi dengan terbang bersama Air Asia..  Maklum ler nak jimat Jah oi!... So, kami dapat la harga tiket RM550++ untuk pergi balik 2 orang. Murah kan?... heheee…. 


Percutian kami adalah 4 hari 3 malam. Ada 3 destinasi utama yang menjadi tujuan kami iaitu melihat blue fire di Kawah Ijen, melawat Gunung Bromo dan mandi-manda di air terjun Madakaripura. Hari terakhirnya kami bershopping di Surabaya sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Rasa memang sekejap giler tau.. tak puas… hahaaha… jom! Kita ikuti pengalaman aku kat sana yea.


14 September 2016




Juanda Airport, Surabaya


Flight kami selamat mendarat di Juanda Airport lebih kurang jam 11 pagi waktu Indonesia. Pak supir dari Javanesia Travel Agency sudah terpacak menanti di luar airport. Rupanya pelawat tidak boleh memasuki dalam bangunan airport Juanda. So mereka perlu menanti di luar pintu besar sahaja. Mungkin disebabkan faktor-faktor keselamatan kot. Airportnya agak cantik dan selesa. Kami dibawa oleh Bapak Farid terus menuju ke destinasi pertama kami iaitu Kawah Ijen yang terletak di Daerah Banyuwangi.


Pemandu kami Bapak Farid yang begitu mesra dan baik layanannya. 


Sebelum tu kami singgah dulu membeli simkad SIMPATI untuk melayari internet sepanjang perjalanan. Harganya agak murah dan berbaloi. Bosan Jah oi! Kalau takde internet… ken? Dah laa Perjalanan kami ke Banyuwangi yang sejauh 300 km itu mengambil masa 9 jam. Uhuhuhuh…. Nasib baik naik MPV yang disediakan agak selesa so tak terasa penat sangat.  


Sepanjang perjalanan ke Daerah Banyuwangi aku melihat seni bina rumah orang-orang jawa yang agak cantik. Rumahnya kecil tetapi memanjang. Kebanyakkan rumah-rumah mereka agak sama. Jalanraya utama yang menuju ke Banyuwangi adalah jalan biasa (macam jalan kampung saje). So kenderaan memang banyak dan agak sibuk. Speed paling laju hanyalah 60km saje (bayangkan perjalanan 300km dengan speed sekadar 60km… uhuuu sabor jea Jah oi!)…  kami selalu berdebar bila part memotong2 tue.. serammm.. hahaha…




Dalam perjalanan yang agak jauh itu kami sempat singgah di restoran Nasi Rawon yang agak terkenal. Nasi rawon adalah makanan kegemaran orang-orang Jawa. So, kami singgah di restoran Rawon Guling di Kabupaten Probolinggo. (Kabupaten means Daerah okes..) Nasi rawon nya lebih kurang nasi sup singgang tulang dimakan bersama taugeh dan sos kicap yang pedas. Sedap dan menyelerakan buat kami yang tengah kebulur.. hahahaa



Dihadapan Restoran @ Rumah Makan Rawon Nguling.



Nasi rawon yang di pesan bersama dengan ABC. Sedap dan menyelerakan



Hampir Jam 9 malam kami akhirnya sampai ke Hotel Santika di Daerah Banyuwangi. Hotelnya cantik dan agak mewah. Rasa macam nak tidur terus sampai tue… tapi apakan daya jam 12 malam kami perlu bertolak untuk mendaki Kawah Ijen.  So kami hanya sempat terlelap sejam saje…


Hotel Santika, Banyuwangi. sungguh cantik dan selesa.  (gambar google)

Kawasan lobi Hotel Santika yang cantik dan mewah. 


Perjalanan ke kaki gunung Ijen memakan masa 1 jam. Tak jauh sangat sebenarnya tapi jalannya yang bersimpang siur dan berbukit2 menyebabkan kenderaan menjadi perlahan. Tiba dikaki gunung kami disambut ceria oleh pemandu pendakian kami iaitu Bapak Sufian. Van-van pemandu pelancong sudah memenuhi kawasan pendakian pada Jam 1 pagi. Semuanya menggeletar kesejukan dan mulut mula berasap.. hahaha.. beberapa ungun api dinyalakan dan semuanya menghurung unggun api  bagaikan semut sementara menunggu yang lain.



Unggun api dinyalakan untuk memanaskan badan sebelum mendaki gunung Ijen. 


Jam 1.30 pagi kami memulakan perjalanan. Jalannya adalah bekas lahar gunung berapi yang agak licin. Disyorkan korang memakai kasut hiking yang tapaknya bergerigi so ia lebih selamat. Jalannya pulak memang gelap nasib baik kami dah bawak lampu suluh siap-siap tapi tak boleh lawan lampu suluh Pak Sofian yang terang giler. So, Kalau nak puas hati baik bawak lampu suluh yang berkualiti sikit. Heee…  



Laluannya adalah berpasir hitam. Gambar waktu cerah. 

   
Sweater adalah wajib dan kalau korang jenis tak tahan sejuk dinasihatkan memakai sarung tangan  dan topi tebal. Kalau tak sempat nak beli takpe sebab kat kaki gunung tu ramai jea penjual-penjualnya. Harganya pulak agak murah. Pendakian ke puncak memakan masa hampir 1 jam 30 minit. Pergh! Nak sampai ke puncaknya entah berapa puluh kali berenti… semput wei! Pak Sofian tu memang bagus. Memang selalu bagi semangat kat aku. “Kita dah tak jauh ni”.. “Kejap lagi jea dah nak sampai”.. “Depan ni Jalan dah rata”.. lega jea dengar kata2 dia. Kamera yang kami bawa sayangnya tidak dapat merakam pemandangan pada waktu malam. So aku hanya mampu berkongsi gambar daripada internet yang sangat cantik. Tentunya gambar2 ini dirakam dengan kamera yang mahal. huhuh....



Laluan terakhir sebelum sampai ke puncak. lebih rata dan kurang lelah.
 (gambar dari google)


Kami sekejap2 berenti bukak sarung tangan dan sweater sebab badan dah berpeluh lenjun. Aku pulak pakai 2 helai sweater. Satu tebal dan satu lagi nipis. Ia lebih mudah. Perjalanan yang agak mencabar tu memang perlukan stamina. Kalau takde stamina memang semput giler. Rupanya Pemandu kami Pak Sofian hampir setiap hari panjat gunung tu bawak pelancong.. Dia rileks jea. Aku jea rasa nak pengsan. . hahahaa…  sekali dah sampai kat atas tu baru sedar memang jauh dan tinggi giler… Tingginya adalah 2400 meter dari aras laut okey. Agak tough jugak. 



Lebih kurang jam 3.00 pagi kami dah sampai puncak. Kelihatan ramai pekerja pengangkut sulfur dan para pelancong di puncak gunung. Suasana gelap gelita. Bau sulfur mula menusuk rongga pernafasan kami. Bapak Sofian mula mengagihkan topeng pernafasan yang dibawaknya. So, kami dah jadi macam alien. Bernafas pakai topeng memang kurang selesa.



Topeng pernafasan yang disediakan oleh pemandu kami. Tak perlu beli sebab di ramai yang menawarkan khidmat sewaan untuk para pelancong. 



Untuk melihat api biru yang keluar dari kawah kami terpaksa turun ke bawah gunung berapi yang curam. Perjalanan menuruni ke kawasan kawah agak berbahaya. Jalan sempit, berbatu dan agak licin. Memang perlu berhati-hati. Kami berselisih dengan pengangkut sulfur yang sedang memikul batuan sulfur hampir 70 kg untuk dibawa ke puncak. Daripada puncak batuan seberat 200kg diangkut turun menggunakan troli ke kaki bukit. Harga yang dibeli pemborong untuk 1 troli penuh itu adalah sekitar RM60 sahaja. Bayangkan mereka terpaksa membuat kerja yang begitu berat dan bertaruh nyawa untuk mencari sesuap nasi. Bertapa susahnya hidup mereka. Terasa bersyukur sangat-sangat dengan rezeki kita pada hari ini.







        Pekerja yang mengangkut batuan sulfur dari Kawah Ijen. (Gambar dari google)






Batu sulfur yang diangkut oleh pekerja. warnanya kuning keemasan. Berat 2 bakul ni sekitar 70kg. (Gambar dari google)




Suasana yang gelap sepanjang menuruni ke tengah kawah. Ingat ke dekat, rupanya jauh.. huhuhuu



Perjalanan menuruni kawah memakan masa hampir 30 minit. Lelah memang tak boleh nak cakap. Tapi kuatkan hati sebab ini adalah wishlist untuk tahun 2016. ..Hahaha.. Wah! Kami terpegun melihat api yang berwarna keluar dari perut kawah gunung berapi… Sangat cantik dan takjub melihat kebesaran Allah swt. Apinya yang sangat besar marak membakar batuan sulfur yang berwarna kuning ditengah-tengah kawah. Disebelah sana terbentang luas tasik yang sulfur yang berasid. Dikatakan tiada binatang yang hidup di dalamnya. 








Batuan sulfur di tengah kawah gunung berapi yang sedang terbakar. 





Api biru dari Kawah Ijen yang sangat cantik. (gambar google).


Kelihatan para pelancong mula merakam gambar api biru yang sangat cantik. Namun, oleh kerana angin yang agak kuat, asap batuan sulfur mula “menyerang” kami. Tiada tempat yang boleh kami lari. Jadi kami terpaksa membongkokkan badan dan menekup mulut dan hidung dengan sekuat hati. Mata, hidung dan tekak terasa begitu pedih. Asap sulfur yang tebal menyesakkan nafas kami. Rasa macam separuh mati. Selepas hampir 10 minit, asap beracun itu mula beralih arah. Ya Allah! Seksanya terasa. Kami terasa ingin berpatah balik ke puncak dengan segera tak tahan dengan asap yang menyerang kami tadi.




Pekerja berada di pinggir api untuk mengangkut sulfur. (gambar google)


Bila asap tebal berlalu pergi, kelihatan para pekerja sulfur gigih memproses sulfur ditengah-tengah kawah. Mereka membelah batuan sulfur yang panas dan menyiramnya dengan air tasik untuk menyejukkannya dan seterusnya ia akan diangkut ke atas. Walaupun asap tebal menyelubungi mereka, namun mereka tetap gigih meneruskan kerja. Apakah mereka ini manusia normal atau transformers yang bertulang besi?  Kami mengeleng2 kepala. Masya Allah! Hebatnya kudrat dan usaha mereka.




Pekerja sulfur yang begitu kuat dan rajin bekerja. Mereka bekerja mengangkut sulfur 24 jam sehari. 



Hari mula cerah. kami mula berpatah balik ke puncak gunung.


Hampir 30 minit berada di tengah-tengah kawah, kami mula berpatah balik ke puncak. Hari mula cerah. Jalan yang kami turuni mulai menampak. Api biru mula menghilang dari pandangan mata. Bukan kerana ia terpadam tetapi api tersebut warnanya biru jernih dan apabila cahaya matahari mula memancar apinya mula “ghaib” dari pandangan mata kasar. Kami menuju ke puncak gunung kembali. Sesekali perjalanan terhenti apabila asap sulfur menyelubungi kami. Perjalanan naik ke puncak sekali lagi perlu berhati-hati. Takut tergelincir kerana pasir gunung berapi yang agak licin.



Pemandangan yang begitu menakjubkan dari puncak Gunung Ijen. 
(gambar google)

 Merakam kenangan di puncak kawah Ijen. Cantik dan mempersona.



 Pemandangan yang cantik di puncak gunung.

Tasik bertoksid yang sangat cantik. Dikatakan tiada binatang yang hidup di dalamnya. (gambar google)


Pemandangan dari puncak yang sebelumnya gelap gelita mula menampakkan keindahannya. Subhanallah! Kami terpegun dengan keindahan ciptaan Allah swt yang begitu menakjubkan. Suasananya begitu sejuk dan berangin sekali. Kelihatan lahar gunung berapi yang beralun-alun membentuk lapisan tanah yang keras dan berpasir. Kami melepaskan lelah dan bergambar sepuas-puasnya di puncak gunung Ijen. Kelihatan ramai group pelancong dari pelbagai negara termasuk Malaysia.




Alhamdulillah! salah satu wishlist 2016 tercapai. 


Rupanya sebahagian diantara mereka melihat sunrise dipuncak gunung Ijen. Tetapi perjalanan sejauh 1.5 km lagi daripada puncak yang kami berdiri. Pemandangannya dikatakan sungguh cantik. Sayang sekali kami tidak sempat menyaksikannya. Mungkin kami akan menyaksikannya untuk trip akan datang.. hahaha..



 Sunrise di puncak gunung Ijen. (gambar google).



Selepas puas bergambar kami mula menuruni gunung Ijen. Suasana yang sungguh nyaman dan pemadangan yang sungguh cantik disepanjang perjalanan. Kelihatan gunung  berapi yang cantik bersebelahan gunung Ijen. Sungguh takjub sekali ibarat seperti lukisan khayalan manusia. Kami sempat rakamkan gambar namun pemandangan berkabus meyebabkan gambar kurang jelas. 





Pemandangan gunung berapi yang berada bersebelahan dengan gunung Ijen. Kelihatan  awan yang berkumpul di puncak gunung berapi bersebelahan seakan-akan membentuk topi.







Kelihatan padang savannah yang terbentang luas di kaki gunung berapi bersebelahan. sangat cantik sekali. Subhanallah!




 Antara souvenir yang dijual di tepi laluan pendakian. Souvenir ini diperbuat daripada sulfur.





Kami berhenti berehat di gerai makan di tengah-tengah perjalanan pendakian ke kawah Ijen. Ramai pekerja yang berhenti disini untuk menikmati secawan kopi. 


Perjalanan turun hanya memakan masa 1 jam sahaja. Kami berselisih dengan ramai pelancong yang baru memulakan pendakian. Kaki mula terasa sakit dan perut mula meminta untuk ke tandas. Di sepanjang jalan tiada kemudahan tandas disediakan. So terpaksalah tahan sehingga ke kaki gunung. Hahahaha…. Alhamdulillah! Lebih kurang jam 8 pagi kami sampai ke kaki gunung dan menaiki MPV Bapak Farid yang setia menanti untuk pulang ke Hotel Santika, Banyuwangi.









Perjalanan ini akan bersambung ke Part 2&3. sila klik disini.




Terima kasih kerana sudi membaca. 



No comments: