Friday, January 8, 2016

Kisah hari ini

Hari ini ujian UKFA dijalankan untuk pelajar semester 1 mengenai tahap kefahaman Fardhu Ain mereka. Alhamdulillah! aku sempat menemuduga beberapa orang pelajar dan salah seorang dari mereka menarik perhatianku. Berkulit gelap sawo matang, bertubuh kekar dan tegap. Penampilannya berbeza dari pelajar IKM yang kebiasaannya. Ia menimbulkan persoalan dibenakku.
Aku menemuduga seperti biasa, cuba berselindung pertanyaan yang terbuku dibenakku. Ternyata tahap kefahamannya adalah baik tapi bacaan alquran agak hancur. Dia langsung tak mengenal huruf alquran. Aku tersenyum kerana ia perkara biasa bagi pelajar kami.
Aku mula bertanya, cuba merungkai persoalan dibenakku. "Boleh saya tahu ayah kamu kerja apa?
Dia tunduk menjawab " ayah saya tak bekerja puan, dia terlantar sakit strok".
aku menelan liur. Allah! beratnya ujian yang dihadapi.. aku terus bertanya lagi "Ibu awak bekerja?"
"Ya, ibu saya berkerja di kedai farmasi untuk sara kami 7 beradik".
Berat dia menjawab dengan lemah dia tunduk ke bawah. Aku merenung lengannya yang berketak-ketak.
"Awak mesti bekerja beratkan? sebab saya tengok lengan awak macam The Rock" aku cuba berseloroh.
Namun air matanya deras tertumpah disitu juga. Dia menangis teresak-esak. sambil menjawab
" Ya puan, saya kerja mengangkat batu bata untuk buat rumah".
Runtun perasaanku.. Ya Allah! beratnya dugaan pelajar ini. Aku cuba untuk menenangkannya.
"Awak seorang anak yang baik, buat azam tahun 2016 ni untuk cukupkan solat 5 waktu dan belajar al-quran, boleh?"
Tangisannya mula pecah berderai. Air mata yang deras mengalir itu cukup untuk menggambarkan jerih-perih kisah hidupnya. Aku tersentuh. cukup sayu. Ya Allah! bantulah pelajarku ini.
Dalam teresak-esak dia berkata "Maaf puan, saya teringat mak saya kat kampung". Dia terus berlalu tanpa sempat aku berkata apa-apa.. aku terkedu.. maaf cikgu tak sengaja bertanya soalan yang mungkin terlalu sensitif buat kamu.
Namun.. Insya! Allah! kami pasti akan membantu kamu - J

No comments: