Wednesday, October 31, 2012

DIDIK ANAK CARA MAKAN

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


CERIA...babitkan anak dalam penyediaan makanan.

CERIA...babitkan anak dalam penyediaan makanan.



RAMAI ibu bapa berdepan dengan masalah anak sukar menjamah makanan berkhasiat sebaliknya lebih gemar mengambil makanan ringan yang bukan saja tidak memberi nutrien bagi pertumbuhan tubuh sempurna, malah merosakkan kesihatan.
Namun, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak masing-masing berminat kepada makanan berkhasiat bagi memastikan tumbesaran mereka berjalan lancar dan kesihatan terjamin.
 
  • Foto 

Menurut Pakar Pemakanan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Sameeha Jamil, terdapat beberapa tip praktikal untuk diamalkan bagi menarik minat kanak-kanak kepada makanan sihat.

Antaranya ialah mengajak anak membantu ketika ibu menyediakan makanan.

“Selain itu, sediakan makanan yang sesuai dengan umur kanak-kanak itu selain menghidangkan makanan dalam cara kreatif bagi menarik minat anak untuk makan.

“Ibu juga perlu mematuhi masa makan utama dan snek yang ditetapkan. Jangan beri anak minum susu dalam masa hampir sebelum masa makan utama kerana anak sudah kenyang dan tentu tidak mahu makan,” katanya ketika ketika menyampaikan taklimat pada kursus ‘Memupuk Pemakanan Sihat’ anjuran Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) di bawah Program Pengasuhan Positif dengan kerjasama NSM, baru-baru ini.

Sameeha berkata, si kecil juga boleh diajar erti menikmati makanan dengan mengajak mereka duduk dan makan bersama sebagai satu keluarga.

Katanya, waktu makan juga tidak perlu terlalu serius sebaliknya ia boleh dijadikan sebagai masa yang menyeronokkan melalui beberapa cara antaranya berkongsi segala cerita atau aktiviti yang sudah dilakukan sebelum itu.

“Ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak mereka mengamalkan adab yang baik ketika berada di meja makan dengan menunjukkan contoh yang baik,” katanya.

Usah pandang ringan apabila menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak termasuk ketika makan kerana semua kelakuan yang ditunjukkan ibu bapa sebenarnya menjadi ikutan anak.

Misalnya, jika mahu menggalakkan anak mengamal–kan pemakanan sihat, ibu bapa juga perlu mengambil makanan berkhasiat seperti memilih buah sebagai snek.

Anak-anak perlu diajar untuk menikmati makanan mereka, bukannya makan laju sehingga terlalu kenyang. Ibu bapa juga tidak digalakkan memberi komen negatif atau menghalang anak menikmati makanan yang tidak diminati ibu bapa kerana ia mungkin membuatkan mereka mempunyai persepsi buruk mengenai makanan.

Sameeha berkata, kanak-kanak mempunyai ruang perut yang kecil saja jadi ibu bapa perlu elak memberi anak mereka hidangan berat sehingga tiga kali setiap hari.

Namun hidangan utama yang seimbang perlu diberi sebanyak tiga kali kepada anak-anak bersama dua hingga tiga kali snek sihat, mengikut masa yang bersesuaian.

“Jangan meletak makanan terlalu banyak dalam pinggan anak dan jangan sekali-kali memaksa mereka makan kerana ia akan menyebabkan mereka mempunyai perasaan negatif yang dikaitkan dengan makanan,” katanya.

Makanan juga perlu dipilih dengan baik iaitu memberi penekanan kepada kualiti bukannya kuantiti hidangan itu. Ia secara tidak langsung membolehkan ibu bapa membuat keputusan bijak dengan menghidangkan makanan sihat kepada anak.

Selain tidak memberi penekanan kepada kuantiti makanan, ibu bapa juga disaran tidak memperkatakan jumlah makanan diambil si anak pada satu-satu masa itu bagi mengelak persepsi negatif terhadap makanan.

Bagi anak yang tidak gemar atau mengelak makan sayur, ibu bapa perlu belajar untuk ‘menyorokkan’ sayur dalam makanan mereka supaya anak dapat khasiat daripadanya tanpa mereka sedari.

Katanya, buah-buahan dan sayuran adalah dua bahan makanan yang kaya serat, sarat dengan vitamin dan baik untuk kesihatan. Kedua-duanya perlu diberikan kepada anak sejak usia kecil supaya pemakanan sihat menjadi amalan.

“Namun, buah tidak boleh dijadikan pengganti kepada sayur dan juga sebaliknya, sekalipun jika anak gemar buah berbanding sayur. Ini kerana ia dua jenis makanan yang berbeza dan anak perlu diajar mengamalkan makan sayur walaupun mereka tidak gemarkan rasanya,” katanya.

Menurutnya, begitu juga dalam menggalakkan anak makan sayur, ibu boleh menyediakan makanan yang mempunyai kuah yang dikisar bersama sayur, contohnya spageti dengan sos pasta.

“Anak juga boleh diberikan jus buah, susu kocak atau lassi kerana ia mempunyai khasiat yang baik untuk pertumbuhan diri dan sistem imunisasi.

“Makanan lain yang boleh diberi kepada anak yang sedang membesar terdiri daripada pelbagai jenis sayur, yogurt buah, daging, daging kisar, burger ayam, jejari ikan dan hidangan ayam,” katanya.

Kanak-kanak suka makan bijirin ketika sarapan, justeru campurkan beberapa jenis buah ke dalamnya seperti potongan pisang, mangga, epal, kurma dan kismis.

Bagi menaikkan selera anak-anak, hidangan nasi yang disediakan secara kreatif boleh menarik minat mereka selain makanan seperti jeli susu, puding, bubur, sup puri sayur dan puri buah dalam susu boleh diberi kepada anak.

Menurut Sameeha, antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa supaya anak mereka menikmati makanan adalah dengan mengehadkan pengambilan cecair termasuk susu satu hingga dua jam sebelum makan.

Ini kerana katanya, minum air atau susu secara berlebihan secara tidak langsung mematikan selera anak. Inilah yang sering berlaku kerana ibu bapa memberi anak susu terlalu hampir dengan waktu makan utama dan apabila masa makan tiba, anak tidak mahu makan kerana sudah kenyang.

“Makanan yang mempunyai kandungan gula, lemak, garam dan kalori yang tinggi juga perlu dielak diberi pada anak-anak, contohnya seperti biskut, kek, coklat, ais krim dan makanan ringan.

“Kumpulan makanan ini boleh diberi sekali-sekala tetapi perlu diberi dalam jumlah kecil dan berkadar. Ini kerana anak-anak akan teringin memakannya bila mereka melihat orang lain makan,” katanya.

Jika ibu bapa mahu anak mereka sihat, cara memasak juga perlu diberi perhatian serius misalnya kaedah membakar atau memanggang perlu diamalkan berbanding cara menggoreng.

Setiap hidangan makanan juga perlu ditambah dengan sayur atau buah supaya pemakanan sihat menjadi amalan diri. Pada masa sama, minuman ringan perlu dielak sebaliknya gantikan dengan jus buah.

Aktiviti bersenam juga perlu dijadikan sebahagian daripada tabiat seharian kerana ia mampu melengkapkan amalan hidup secara sihat dalam diri anak-anak.

Sameeha berkata, bagi ibu yang berkerjaya dan tidak punya kesempatan untuk memasak makan tengah hari untuk anak, mereka boleh menyiapkan bekalan makanan yang sihat untuk dibawa anak ke sekolah.

Selain pemakanan sihat dan bersenam, ibu bapa juga perlu tahu mengukur indeks jisim badan (BMI) anak bagi mengetahui sama ada anak mereka mempunyai berat normal, terlalu kurus atau terlalu berat bagi usia dan jantina masing-masing.

Caranya dengan mengambil bacaan ketinggian dalam meter (m) dan berat anak dalam kilogram (kg), kemudian berat dibahagikan dengan kuasa dua bacaan ketinggian. Pengiraan BMI = kg/ (m x m).

Kesimpulannya, Sameeha berkata, makanan ialah komponen paling penting dalam pertumbuhan sihat anak-anak dan setiap makanan mempunyai kandungan nutrien yang berbeza. Anak-anak harus diajar mengambil makan sihat dengan mengingati empat langkah iaitu kepelbagaian, seimbang, berkadar dan makan pada masa sama yang ditetapkan setiap hari.


Panduan:




  • Kreatif dalam penyediaan makanan.
  • ‘Sorok’ sayur yang dikisar dalam kuah.
  • Jangan ganti sayur dengan buah.
  • Setiap makanan mempu–nyai nutrien berlainan.
  • Jadikan masa makan menyeronokkan.
  • Babitkan anak dalam penyediaan makanan.
  • Makan bersama anak-anak.
  • Ibu bapa jangan kritik makanan yang tidak disukai.
  • Jangan gunakan paksaan supaya anak makan.
  • Jangan sebut jumlah makanan yang diambil.
  • Elak penuhkan pinggan anak dengan makanan berat.
  • Beri snek sihat seperti buah-buahan.
  • Elak beri susu hampir dengan waktu makan.
  • Beri makan dalam masa yang tetap setiap hari.
  • Elak makanan tinggi gula, garam, lemak dan kalori.

    Sumber : klik sini
  • Tuesday, October 30, 2012

    CERITA DUKA DARI GANGNAM

     Cerita yang agak panjang tapi menarik sekali..

    via Zati Akhtar:

    (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu.

    Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh..""Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan..""Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya."Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani."Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta. Perbualan terhenti seketika beberapa lama.

    Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu."Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya."Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan."Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW."Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali."Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

    Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa."Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu."Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi."Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi."Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter..""Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza.

    Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak.""Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…""Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja."Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka.""Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut.

    Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan.""Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika.

    Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini..""Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea.""Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya.

    Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri.""Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia.

    Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa.""Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya."Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama.

    Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."Setelah itu dia diam dan meminum minumannya..."Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya."Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum.

    Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

    "Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu."Kamu agak saya berumur berapa…?""Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu.""Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur."Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

    "Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras."Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka.""Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw."Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya."Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

    "Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka."Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

    "Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya."Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah.

    Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

    Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini...

    Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...
    [Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM] 

    sumber : klik sini

    JIWA SEORANG GURU

    Peperiksaan semester akhir bagi pelajar IKMKL akan bermula 2 minggu daripada sekarang. Perasaan seorang guru pada ketika ini usahlah ditanya. Memang amat membara dan berkobar-kobar sekali melebihi semangat pelajar yang ingin bertempur. Pelajar kelihatan rileks dan bersantai-santai sahaja tetapi mata seorang guru merah menyala ibarat harimau yang sedang mengaum memaksa semua pelajar bersedia untuk mempersiapkan diri melawan musuh di medan perang nanti. Chewwah!


    Kelas pagi tadi, saya baru sedar masih ada seorang pelajar yang belum membeli kalkulator walaupun sudah dipenghujung semester. Rasa macam ingin kenakan smack down saja tapi saya sabar (senyummm2....huhh!!) namun terlepas juga sedikit cubitan sakti sebagai penawar. hesyy!... geramm betul! Saya memang mewajibkan semua pelajar membeli kalkulator kerana tiada alasan tidak mampu. Setiap daripada mereka mampu memiliki handphone yang harganya melebihi RM100, manakan pula kalkulator harganya hanyalah RM35/seumur hidup tanpa perlu topup RM1 pun.. betul tak? Kebanyakkan daripada mereka mendapat keputusan D,E dan F dalam SPM. Bagaimana seorang guru matematik dapat membantu pelajar memahami matematik tanpa kalkulator. Mampukah mereka mencongak? -1 +5 pun sudah termenung panjang. Apatah lagi nombor kuasa dan punca kuasa... huhuuu...


    Itulah perasaan dan semangat yang saya rasa pada ketika ini. Mengharapkan semua pelajar lulus dengan cemerlang adalah impian seorang guru. Segala ilmu yang dicurah diharapkan dapat menjadi senjata yang ampuh untuk mereka bertempur nanti. Hati berdebar-debar dan runsing apabila memikirkan masih terdapat seorang dua lagi pelajar yang lemah dan tiada semangat untuk menghadapi peperiksaan. Hanya doa yang tidak putus-putus agar mereka semua dapat menjawab dengan sehabis baik nanti. Jauh di lubuk hati semoga Allah s.w.t melembutkan hati para pelajar untuk menjadi hamba Nya yang soleh. Insyaallah!



    Monday, October 29, 2012

    AIDILADHA YANG MERIAH

    Alhamdulillah! Raya Aidiladha telah berlalu dengan penuh kenangan manis. Raya pertama saya menghabiskan masa di rumah kedua ibubapa saya. Rumah kami mengambil bahagian korban daging lembu sebanyak 4 bahagian. Kakak saya ambil 2 bahagian dan pakcik saya Ayah Ngah (adik ibu yang ke-2) dari Kuantan mengambil 2 bahagian. Korban kali ini pelapah daging semuanya adalah peringkat amatur,maka berpeluh jugaklah mereka melapah 4 bahagian lembu yang agak besar itu.Mereka adalah abang-abang ipar dan sepupu saya. Salah seorangnya tentulah suami saya yang memang kurang pengalaman. Ayah dan pakcik hanya melihat sahaja. Kami warga perempuan hanya menunggu di rumah sahaja memandangkan lembu itu disembelih di rumah jiran. Hampir jam 12 tengahari barulah daging siap dilapah dan dibawa pulang ke rumah.


    Seterusnya, sebaik sahaja daging korban sampai kami kaum perempuan pula mengambil shift membersihkan daging dan membahagikannya kepada orang-orang kampung serta saudara mara. Sebahagian lagi dimasak dan dimakan beramai-ramai. Saya ni kan mempunyai 10 orang adik beradik dan 7 daripadanya sudah berkahwin. Maka memang meriah rumah kami ditambah pula dengan cucu yang seramai 18 orang yang boleh menyebabkan hampir pecah rumah Tok Ma dan Tok Wea itu. Daging korban dimasak gulai kerutuk, singgang tulang dan goreng. Memang amat menyelerakan.


     Saya pula telah lama teringin makan air asam perut lembu. Hampir 2 jam lebih saya membersihkan perut lembu yang penuh dengan tinja itu.. huhuhu! Mase tu semua orang buat dekk jea..Terpaksalah saya buat seorang diri..sorang pun tak nak tolong...huh!   Petang selepas asar, barulah saya sempat merebus perut yang telah dibersihkan itu...Hampir maghrib barulah menu air asam perut lembu yang menyelerakan itu siap. Mase tu semua dah pakat hurung meja makan untuk pekena air asam perut tadi... hmmm geraammm jea!..


    Kebetulan Raya Haji kali ini kami menerima tetamu dari Iraq iaitu mertua adik saya suami isteri serta anak bongsunya turut beraya di rumah kami. Memang bilik tak cukup dan memaksa saya dan kakak terpaksa balik tidur di rumah mertua masing-masing. Nasib baiklah rumah mertua kami dekat jea.. hihihi.. 


    Raya Haji kedua kami menerima undangan rumah terbuka sebanyak 5 buah rumah. Selepas zuhur saya berkonvoi kereta dengan ibubapa mengunjungi rumah Wea Ya (sepupu ayah) yang membuat majlis pekahwinan dan sambut menantu sekali si Kg Lampu, Kg Raja. Di situ kami kebetulan berjumpa dengan Ayah Su sekeluarga beserta anak menantu. Ayah Su ialah adik bongsu ayah saya yang menetap Di Kg. Pak Badol, Kelantan. Kami memang rapat dengan pakcik dan sepupu-sepupu. Sangat gembira berjumpa mereka setelah lama tidak bersua.

    Selepas itu kami bergerak ke rumah Ayah Ngah Pin yang terletak di Kg Amir. Beliau juga membuat majlis rumah terbuka sempena hari raya korban pada hari yang sama. Kami sempat bertanya khabar Che Ngah isterinya yang sedang menderita breast cancer. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dideritai beliau. Setelah menziarahi Ayah Ngah (sepupu ayah) dan Che Ngah di Kg Amir kami meneruskan perjalanan berkunjung ke rumah Che Da Nab (adik ke-3 ayah) di Kg. Balik Bukit, Jerteh. Che Da Nab membuat majlis akikah cucu beliau pada hari tersebut. Kami hanya makan kuih dan minum air teh sahaja memandang perut sudah terlalu kenyang.


    Seterusnya kami berkunjung ke rumah Ayah Da Lan (adik ibu saya yang ke-3) di Kg Padang Luas. Beliau memang setiap tahun akan membuat open house pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Kebetulan pada hari tersebut Ayah Da tiada di rumah kerana menyertai rombongan Ayah Chik (adik ibu yang bongsu) ke Cambodia yang membuat program korban di sana. Jadi Che Da dan anak-anaknya sahaja yang sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah beliau. 

    Selepas isyak saya menamatkan program berziarah di rumah Kak Ros Aliza di Kg. Darau (sepupu suami ). Beliau membuat majlis solat hajat menyambut kelahiran cucu pertama dan solat hajat SPM buat anak saudara beliau,Najah. Alhamdulillah! Raya Aidiladha di sambut dengan meriah walaupun penat berkunjung ke rumah saudara-mara.. Semoga Aidiladha akan datang kami pula yang berpeluang untuk berkoban. Insyaallah!

    RAHSIA TAUKE AL-IKHSAN

    Jika anda ke mana-mana bandar besar atau pusat beli-belah di seluruh Malaysia sekarang anda  pasti akan ternampak papan tanda besar aL-ikhsaN. Syarikat aL-ikhsaN adalah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010.

    Tetapi, bagaimana ia bermula dan apakah resepi kejayaan pengasasnya?

    Kejayaan yang dicapai oleh syarikat ini bermula dengan modal kecil dan permulaan yang amat ‘humble’. Pada permulaannya Ali Hassan Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

    Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar pizza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup. Meskipun beliau juga menerima biasiswa, beliau memberitahu yang kesemuanya diberikan kepada ibu beliau “kerana kami bukan orang senang.”

    Dalam berusaha tanpa mengenal jemu dalam pelajaran dan menyara kehidupan ketika itu, beliau akhirnya berjaya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.

    Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

    “Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas.

    Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,” katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya.

    Beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.

    Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.

    “Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun. Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya.

    “Apa sahaja kita kena sabar…. perbaiki apa kelemahan yang ada. Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka ‘komplen’,” katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.

    “Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak ada…ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan.

    “Ambil sahaja apa ‘komplen’ pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang,” katanya.

    Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam.

    Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.

    Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

    “Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya… kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar,” jelasnya.

    Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.

    “Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan. Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi.

    Kini terdapat sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud yang menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya. Malahan kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. Setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama.

    Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN juga telah mula merancang membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl. Menurut Ali, pembukaan premis ini untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan. Jelas sekali dengan mendengar feedback dari pasaran, AL-ikhsaN mampu bertahan, malah berkembang dengan jayanya.

    Kini, rangkaian kedai aL-ikhsaN adalah nama besar dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.

    Kejayaan Ali Hassan mengembangkan kedai aL-ikhsaN ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada usahawan Melayu yang sering dianggap stereotaip dengan kisah kegagalan, untuk berusaha tanpa mengenal jemu, beristiqamah, sambil mempelajari untuk mendengar kehendak pelanggan dalam membina perniagaan.
    Ali Hassan membuktikan kebenaran pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

    sumber : klilk sini

    Wednesday, October 24, 2012

    KOMUNIKASI DENGAN ANAK

    sumber : klik sini



    BAGAIMANA agaknya komunikasi secara efektif antara ibu bapa dan anak?
    Kaedah komunikasi ini ternyata boleh membantu namun apa yang penting, ia perlu difahami dan dipraktikkan secara konsisten.
    Kebiasaannya budaya berkomunikasi di rumah mungkin hanya membabitkan arahan daripada ibu bapa sedangkan si anak hanya mendengar tanpa diberi peluang meluahkan pandangan sendiri.

    Lama-kelamaan, tidak mustahil ia hanya meningkatkan jurang perhubungan antara ibu bapa dan anak di rumah. Apapun belum terlambat kerana ia boleh dibendung sejak awal lagi.

    Menurut Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Prince Court, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, kebanyakan ibu bapa berasa mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang bagus dengan anak, tetapi ternyata kesibukan kerjaya adakalanya membuatkan komunikasi kian berkurangan.



    Komunikasi bukan saja mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh anak kerana jika itu yang berlaku, ia boleh dianggap membesarkan anak secara ‘diktator’.

    Malah, jika ibu bapa terlalu melindungi anak, ia juga boleh mengakibatkan kesan yang tidak baik terhadap perkembangan keyakinan diri anak.

    “Bayangkan dengan menetapkan setiap perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan anak, kebolehupayaan kendiri serta perkembangan mental dan fizikal si anak juga akan tersekat.

    “Ibu bapa perlu menetapkan had untuk perkara terbabit, bukan ‘melaksanakan’ semua perkara hingga mengongkong kebolehan anak untuk berkembang,” katanya ditemui, baru-baru ini.

    Selain itu, kesibukan kerjaya ibu dan ayah juga adakalanya turut memberikan kesan kepada bentuk komunikasi di rumah.

    Dr Nor Hamidah berkata, disebabkan faktor ini juga masa anak lebih banyak terluang bersama pembantu rumah atau di pusat jagaan harian hinggakan hubungan yang seharusnya erat terjalin antara ahli keluarga seolah-olah ada jurang pemisah.

    “Walaupun ibu bapa berada di rumah, anak ini lebih gemar menyendiri dan melakukan hal masing-masing kerana bagi mereka sudah bersua muka pun sudah memadai.

    “Untuk mengelakkan keadaan ini bertambah parah, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengeratkan kembali hubungan antara mereka sebelum terlambat,” katanya.

    Menurutnya, tidak kiralah berkomunikasi dengan sesiapa saja termasuk dengan anak sendiri, ia sememangnya memerlukan teknik dan cara yang betul.

    Hal ini penting agar nasihat serta pesanan ibu bapa itu dapat diterima dengan baik oleh si anak.

    Malah, kemahiran berkomunikasi amat penting ketika berhadapan dengan anak remaja kerana pada peringkat umur ini mereka selalunya lebih agresif dan mempunyai pendapat sendiri.

    Oleh itu, ibu bapa perlu mengenal diri sendiri serta memperbaiki kekurangan yang ada ketika berkomunikasi dengan anak remaja.

    “Kebiasaannya masalah dalam berkomunikasi berlaku disebabkan ibu bapa kurang memahami perasaan si anak. Justeru, tingkatkan kemampuan dan cuba memahami perasaan anak sebagai lawan dan kawan berbicara.

    “Perasaan juga memainkan peranan penting ketika berkomunikasi. Ini kerana jika kita gembira, ia akan memudahkan sesiapa saja untuk berbicara atau meluahkan perasaan,” katanya.




    Bagi memastikan hubungan kekeluargaan itu kekal erat sepanjang masa, si ibu perlu memainkan peranan sebagai ‘duta pengaman’ dan mencari jalan untuk memupuk dan mengisi kembali kekosongan dalam perhubungan sesama ahli keluarga.

    Ini kerana lebih daripada 90 peratus individu lebih dekat dengan ibu mereka berbanding si ayah. Gerak hati dan kasih sayang ditonjolkan ibu lazimnya lebih lembut dan mesra sekali gus memberikan rasa selamat kepada anak.

    “Walaupun tidak dinafikan golongan ibu kini ramai yang berkerjaya, kesibukan kerja tidak membataskan perhubungan mereka dengan si anak.

    “Mereka perlu membuka ruang untuk terus memupuk semangat kekeluargaan dan mengeratkan kembali perhubungan dalam pelbagai situasi,” katanya.

    Terdapat beberapa cara berkomunikasi dengan anak untuk membina bentuk komunikasi berkesan tanpa mengira peringkat usia anak. Antaranya:

    Jadi pendengar yang baik.

    Cuba menjadi pendengar yang teliti terutama dalam apa yang ingin diperkatakan si anak. Ia amat penting kerana si anak akan bercerita melalui perspektif mereka.

    Pada saat ini, ibu bapa perlu berhenti menilai serta menunjukkan rasa hormat dan minat dalam apa yang ingin disampaikan dalam perbualan.

    Ini juga akan membuatkan si anak bersedia meluahkan perasaan mereka dan secara tidak langsung mencambah kepercayaan mereka terhadap ibu bapa.




  • Elak daripada menggunakan perkataan yang menjatuhkan air muka anak-anak kerana ia boleh menyebabkan anak berasa tidak selamat, tidak disayangi, marah atau terancam.
  • Beri peluang kepada anak untuk bercakap dan meluahkan perasaan. Apabila mereka bercakap, ibu bapa mestilah mendengar dengan penuh minat.





  • Jangan timbulkan rasa prejudis terhadap anak. Sentiasa bersangka baik.
  • Sentiasa wujudkan suasana anak boleh mempercayai kita, begitu juga sebaliknya.
  • Sentiasa memberinya galakan dan rangsangan untuk berjaya.
  • Berilah nasihat dan teguran membina dan tidak menjatuhkan maruah anak itu.
  • Teguran atau pujian perlu diarahkan kepada perbuatan dan bukan personaliti mereka.
  • Usah membanding-bandingkan si anak dengan individu lain. Ia boleh menyebabkan rasa rendah diri.


    Tip untuk berkomunikasi dengan anak remaja:
  •  
  • Wujudkan suasana menyeronokkan dan menarik dalam perbincangan.
  • Sentiasa konsisten dalam apa yang diperkatakan.
  • Sentiasa positif apabila berurusan dengan mereka.
  • Buat pertimbangan terhadap apa yang anak inginkan sebelum mengatakan ‘tidak’ kepada mereka.
  • Tunjukkan rasa minat atau mengambil berat dalam kerja sekolah dan rakan mereka.
  • Tingkatkan keyakinan diri mereka dan sentiasa memberi semangat atau motivasi pada diri mereka.
  • Jangan terlalu menunjukkan atau menggunakan kuasa veto sebagai ibu bapa.
  • Ibu bapa juga perlu belajar bertolak ansur dengan perubahan persekitaran anak.
  • Monday, October 22, 2012

    LAGUNA REDANG - SWEET MEMORIES!!

    12 Oktober yang lepas saya dan suami bercuti di Pulau Redang, Terengganu untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke -5. Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 8.00 malam pada hari sebelumnya melalui jalan Raub - Gua Musang. Kami sempat berhenti tidur sekejap di Kuala Lipis dalam 2 jam kerana terlalu mengantuk. Jam1.30pagi kami meneruskan perjalan dari Kuala Lipis dan lebih kurang 6.00 pagi kami tiba di Besut, Terengganu untuk menumpangkan sementara 2 orang si kenit tu bersama dengan neneknya (yang tak sabar-sabar bermain dengan cucu-cucu) sepanjang 3 hari 2 malam.


    7.30 pagi 12 Okotober kami terus bertolak ke jeti Merang, Terengganu. Perjalanan yang mengambil masa sejam dari Besut amat mengujakan. Maklumlah sudah lama tidak bercuti berdua dengan suami.. hehee...  Sampai di jeti kami check-in di kaunter Laguna Redang Island Resort. Pakej percutian telah lama ditempah dan ianya pakej 'year end promotion' yang hampir penuh. Selepas check-in di kaunter di jeti Merang, barang-barang kami terus di bawa oleh pekerja masuk ke dalam feri. Rase macam check in nak naik flight plak. Kami dimaklumkan oleh pekerja barangan tersebut akan diperolehi sebaik sahaja selesai check in di hotel nanti. Memang sistematik!

    9.30 pagi feri bertolak dari jeti Merang tepat pada masanya seperti yang tertulis di atas tiket. Ada 2 trip feri setiap hari untuk ke Laguna Redang iaitu pada jam 9.30 pagi dan satu lagi pada jam 12.30 tengahari. Di kawasan jeti Merang terdapat banyak kawasan parkir kereta berbayar. Harga standard. RM30 untuk 3 hari. Macam tempah pakej hotel plak. Oleh kerana semua kawasan parking harganya sama, tentulah kami memilih kawasan parking berbumbung yang terletak tidak jauh daripada jeti. Cuma jalan kaki lebih kurang 3 minit jea. Tak sempat nak berpeluh. So, memang tak de masalah sekurang-kurangnya kereta takdelah berpanas hujan. 


     Kami beratur untuk menaiki feri.


    Perjalanan dari jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa sejam sahaja. Walaupun begitu ia sudah cukup membuatkan kaum hawa yang kurang ketahanan mental dan fizikal merasa pening ala-ala mak buyung. Sampai sahaja di Jeti Laguna Redang (ia jeti sdn bhd tau tak kongsi dengan resort2 lain) kami di beri sedikit taklimat di dalam dewan khas sebelum di bawa menaiki tramp menuju ke lobby hotel. Ingat ke jauh sangat.. tapi dokat aje.. Hari first jea naik tramp, hari lain jalan kaki sendiri yea... Selepas check-in di lobby hotel, kami mengambil barang-barang untuk masuk ke bilik. Huuu...terus pengsan...  penat giler dari KL nak sampai Redang ni...


    Tramp ini membawa penumpang pergi dan balik dari hotel ke jeti..
     jalan kaki pun boleh..
    Yang kat atas tu bilik kami. Cantik giler..  Terengganu Malay traditional architecture.. Pergh!.. terus aku jatuh hati...


     Kalaulah rumah kami macam ni..

    Makanan yang disediakan di cafeteria sungguh menyelerakan. Hampir setiap hari kami dihidangkan dengan hidangan kambing. Kambing masak kurma, kambing masak rendang dihidangkan pada waktu tengahari dan makan malam biasanya dihidangkan dengan kambing black pepper pula. Walaupun saya penggemar setia kambing, namun ia cukup membuatkan saya rase sebu bila melihat kambing pada hari kedua. Cukuplah!. Pelbagai jenis lauk-pauk, makanan, pencuci mulut yang disediakan. Semuanya sungguh sedap dan saya memberi 5 bintang kepada cafeteria ini. Hampir 95% pekerjanya adalah orang melayu. Alhamdulilah! saya tidak ragu untuk makan makanan yang dihidangkan.

    Pemandangan pantai daripada
    kafeteria.. Subhanallah!


    Snorkeling pada hari pertama sungguh mengujakan. Saya berenang hampir sejam lebih ( Ayat sombong skit..). Sambungannya - tentunya saya memakai life jacket dan memaut kemas lengan suami kerana saya langsung tak pandai berenang.. heeee...  Naik sahaja ke bot, semua lauk kambing yang dimakan dengan penuh berselera tengahari tadi disedekahkan kepada ikan-ikan yang kebulur di kawasan terumbu karang itu. Saya muntah dengan teruk sekali. (tu laa over excited!.. haaha...)

     Letih selepas muntah..

     Balik daripada snorkeling, kami berjalan di persisiran pantai berhadapan dengan hotel penginapan kami. Pemandangan di waktu petang sungguh indah sekali. Fikiran sungguh tenang. Kami menghabiskan masa dengan bermain pasir seperti kanak2 plak.. heee...

    Berjalan di persisiran pantai...


    hiihiii...



     Pemandangan hotel di waktu petang..

     Hari kedua, kami ber snorkeling di Taman Laut, Pulau Redang. Kami menaiki bot jam 9.30 pagi. Perjalanan ke taman laut hanya mengambil masa 20 minit. Taman Laut terletak di Pulau Pinang (bukan Negeri Pulau Pinang yea..). Pulau tersebut tidak mempunyai kampung tetapi mempunyai kubur penduduk..(hairan jugak..) Rupanya ia perkuburan penduduk Pulau Redang. Pulau Redang amatlah luas. Kami tidak sempat meronda keseluruhan pulau. Hanya mampu tengok dari jauh sahaja. Geram jea nak singgah ke kampung penduduk tetapi ia tiada dalam jadual kami. Life guard cakap kalau nak ronda satu pulau kena sewa bot asing, harganya dalam RM250.(Aisey! macam mahal la plak!). Manakala kawasan hotel yang kami menginap dipenuhi oleh resort dan tiada kampung di situ.


     Bersemangat untuk second trip snorkeling. 
    Walaupun firstday dah muntah.. huhu

     Hampir 99% adalah pelancong warga China, Orang Cina Malaysia dan Omputeh. Orang Melayu sangat jarang.. macam kami plak yang melancong ke negara orang. Padahal ni negeri gue... huhuu..


    Pemandangan dari atas jeti di Taman Laut.. Jernih giler airnya..

     Kami nak buat rumah di sini.. boleh tak?

    Di belakang tu kawasan snorkeling..


    Cantik tak??

    Jam 11.30 pagi kami berpatah balik ke hotel untuk makan tengahari. Trip snorkeling ke-3 adalah jam 3.30 petang. Kami berhajat untuk berehat sahaja di hotel sebab dah letih main laut dari pagi tadi. Namun bila terfikir esok dah nak balik kami gagahkan jugak untuk menyertai trip ke-3.


    Menaiki bot sambil menikmati pemandangan pulau Redang yang indah. .

    Inilah kawasan snorkeling yang terakhir. Terumbu karang di sini amatlah cantik.. 
    Cantik tak?.. coral ni namanya christmas tree.. 



    Gambar di dalam air tersebut diambil oleh life guard yang menjadi underwater photographer sebagai side income. Diorang amat berpengalaman membantu kami membuat pose istimewa di dalam air..Hihii..  Setiap gambar harganya RM6 sekeping.. (mahal giles!..) Bukan hard copy tapi softcopy saja tau. Nasib baik gambar cantik...


    Hari ke-3 kami hanya bersantai2 di tepi pantai menghabiskan waktu yang tinggal sedikit. Kami menyaksikan pemandangan waktu pagi yang indah, melihat matahari naik dari tepi laut.

     14 Oktober 2012- hari ini hari ulangtahun ke-5 perkahwinan kami. 
    Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin




    Pemandangan di waktu pagi yang indah.. 

    Kolam mandi yang luas terbentang..

    Pemandangan dari tepi gua yang sangat mengasyikkan.. 



    Feri akan berlepas jam 10.30 pagi. Jadi pukul 9.30pagi kami dah kena check-out dari hotel. Rasa sayu hendak balik, kalau boleh nak stay lagi 2,3 hari.. hihii..

    Time to check-out..


    Bye bye Pulau Redang. Insyaallah! kami akan datang lagi..

    Wednesday, October 17, 2012

    CINTA KEPADA ANAK



    RASULULLAH S.A.W sangat penyayang terhadap anak, baik terhadap keturunan baginda sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah meriwayatkan, satu ketika Rasulullah mencium Hasan bin Ali.
    Berhampiran ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi yang sedang duduk. Lelaki itu kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka.”
    Rasulullah segera memandang kepadanya dan berkata, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.”

    Sifat kasih sayang Rasulullah juga terserlah ketika bersolat di mana Baginda tidak melarang anak-anak mendekatinya. Hal itu diceritakan Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash iaitu anak Zainab, puteri Rasulullah.

    Baginda meletakkannya di atas bahunya kemudian solat dan ketika rukuk.
    Baginda meletakkannya dan ketika bangun daripada sujud, Baginda mengangkat kembali.”

    Peristiwa itu bukan satu-satunya kejadian yang dirakam dalam sejarah.
    Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan daripada ayahnya bahawa, “Ketika waktu solat Isyak, Rasulullah datang sambil membawa Hasan dan Husain.

    Baginda kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya kemudian takbir untuk solat. Ketika sujud, Baginda memanjangkan sujudnya.

    Ayahku berkata, “Saya kemudian mengangkat kepala dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.”

    Setelah selesai solat, orang-orang pun berkata, “Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira terjadi peristiwa besar atau turun wahyu kepadamu.”

    Baginda kemudian berkata, “Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bermain di belakangku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.”



    Usamah bin Zaid ketika masih kecil mempunyai kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah. “Rasulullah pernah mengambil dan mendudukkanku di atas pahanya dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua dan berkata, “Ya Allah, kasihanilah keduanya, kerana sesungguhnya aku mengasihi keduanya.”

    Begitulah sikap Rasulullah kepada anak-anak. Secara halus, Baginda memberi contoh bagaimana anak perlu diberikan penuh rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan.

    Sikap tidak mencontohi Rasulullah adalah kesilapan besar ibu bapa terhadap anaknya. Antara kesilapan yang dilakukan ibu bapa ialah:




    1. Memaki dan menghina anak.

    Bagaimana yang dikatakan menghina iaitu ketika seorang ayah menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya.

    Lebih teruk lagi jika itu dilakukan di hadapan teman si anak.

    Termasuk dalam kategori itu adalah memberi nama kepada anak dengan nama buruk. Seorang lelaki pernah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kederhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil anak orang tua itu dan mengherdiknya atas kederhakaannya.

    Tidak lama kemudian anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak memiliki hak atas orang tuanya?” “Betul,” jawab Umar.

    “Apakah hak anak?” “Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya al-Quran,” jawab Umar.

    “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; dia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajarku satu huruf pun dari al-Quran,” kata anak itu.

    Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu. Engkau berbuat buruk kepadanya sebelum dia berbuat buruk kepadamu.”

    Rasulullah sangat menekankan supaya kita memberi nama yang baik kepada anak.
    Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.”

    Sebab itu, Rasulullah kerap mengganti nama seseorang yang bermakna jelek dengan nama baru yang lebih baik atau mengganti gelaran yang buruk kepada seseorang dengan yang lebih baik dan positif.

    Contohnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk).

    Rasulullah memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.



    2. Melebihkan seorang anak daripada yang lain.

    Sikap itu adalah salah satu faktor putusnya hubungan silaturahim anak dengan ibu bapanya dan punca permusuhan antara saudara.

    Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebahagian hartanya untukku. Ibuku, ‘Amrah binti Rawahah kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehingga menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku.

    Rasulullah berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’ Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.

    Puncak kezaliman kepada anak ialah ketika ibu bapa tidak timbul rasa cinta dan sayangnya kepada anak perempuan yang kurang cantik, kurang pandai, atau cacat salah satu anggota tubuhnya.

    Padahal, tidak cantik dan cacat bukanlah kemahuan anak. Apalagi tidak bijak itu pun bukanlah dosa dan kejahatan.



    3. Mendoakan keburukan buat anak

    Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda, ada tiga doa yang dikabulkan doanya: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua ke atas anaknya.

    Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya. Jika seorang ibu sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan celaka, melaknat dan memaki anaknya maka sesungguhnya, ibu itu adalah wanita yang paling kejam.

    Setiap doa buruknya, setiap ucapan laknat yang keluar dari lidahnya, dan setiap kata maki yang diucapkannya boleh termakbul lalu menjadi hukuman ke atas dirinya.

    Cuba hayati kisah ini pula. Seseorang pernah mengadukan mengenai anak lelakinya kepada Abdullah bin Mubarak. Abdullah bertanya kepada orang itu, “Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu menjawab, “Ya.”
    Abdullah bin Mubarak berkata, “Engkau telah merosakkannya.” Nauzubillah!





    4. Tidak memberi pendidikan kepada anak

    Ada syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu bukanlah anak yang ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina.

    Sesungguhnya anak yatim adalah yang tidak dapat dekat dengan ibunya yang selalu menghindar darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu bagi anaknya.”

    Perhatian tertinggi ibu bapa kepada anaknya ialah memberi pendidikan yang baik dan jika gagal, ia adalah kejahatan orang tua terhadap anaknya.




    Jika mereka gagal memberi pendidikan terbaik kepada anak maka ibu bapa itu melanggar perintah Allah. Dalam surah Thaha ayat 132 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

    Rasulullah bersabda, “Ajarilah anak-anakmu solat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan solat) pada usia sepuluh tahun.”

    SUMBER : KLIK SINI

    UMUR PERTAMA

    Masyaallah! bertuahnya kita...

    Saat Allah SWT menciptakan Adam a.s. Dia menyimpankan zuriat di tulang punggungnya aitu kaum ahli kanan (ahlul-yamin) dan kaum ahli kiri (ahlul-simal). Allah SWT pernah mengeluarkan semua zuriat ini dari tulang punggung Adam a.s. pada hari Mitsaaq (hari pengambilan janji manusia untuk mengakui keeasaan dan ketuhanan Allah SWT di Na'man, lembah dekat padang Arafah) sebagaimana firman-Nya dalam Q.S. 7;172: ''Dan ketika Tuhan kamu mengeluarkan keturunan Adam dari punggungnya dan Ia mengambil kesaksian dari mereka dengan berfirman: 'Bukankah Aku ini Tuhan kamu?' mereka menjawab: 'Ya, kami menjadi saksi.' Demikianlah supaya kamu di hari kiamat nanti tidak mengatakan: 'Kami ini lalai dari perkara itu'". 


    Ayat ini membuktikan bahawa zuriat Adam telah memiliki wujud dan pendengaran namun mereka berada dalam tingkatan wujud yang lain. Bukan pada tingkatan wujud seperti yang nampak pada dunia ini. Dalam riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah disebutkan, ketika Allah SWT mengeluarkan zuriat dari Adam a.s. lalu dilihat oleh Adam seorang dari mereka gagah perawakannya maka bertanyalah Adam tentang dia, Adam diberitahu bahawa itu adalah anaknya, Daud a.s. lalu Adam bertanya kepada Allah SWT "berapa usia Daud yang telah Engkau tetapkan?" Jawab Allah SWT: ' "Enam puluh tahun". Adam kemudian memohon agar Daud dipanjangkan usianya. Maka Allah SWT berfirman : " Itulah usianya yang telah Aku tetapkan ". Berkata Adam a.s. :" Aku ingin menambahkannya empat puluh tahun dari usiaku". Dan sebelum itu Allah SWT telah menetapkan umur Adam seribu tahun. 



    Ketika nabi Musa a.s. melihat di dalam Taurat, tersebut suatu umat yang sifat-sifatnya amat menarik dan perilakunya sangat baik dan mulia, beliau bertanya kepada Allah SWT, Siapakah gerangan umat itu? Siapa nabi yang diutus kepadanya? nabi Musa memohon supaya umat tersebut menjadi umatnya, maka Allah SWT berfirman: " Umat itu ialah umat Ahmad (Muhammad) ". Nabi Musa memohon kepada Allah agar menampakkan umat itu kepadanya, kemudian Allah menampakkan umat itu kepada nabi Musa sebagaimana firman Allah SWT : " Dan tidaklah engkau (Muhammad) berada di dekat gunung Thur (Sina) ketika kami memanggil ... " (QS 28;46). 


    Hal ini merupakan bukti bahwa zuriat manusia itu sudah ber"wujud" sebelum lahir di dunia ini. Demikian pula Rasulullah saw., sudah ber"wujud" dengan wujud yang lebih lengkap dan sempurna di dalam tingkatan umur pertama tersebut.

    Sedangkan keutamaan umat Muhammad saw (al ummah al-Muhammadiyah) telah banyak disinggung dalam hadis-hadis beberapa di antaranya:
    Berkata Wahab bin Munabbih (rahimahullah): " Ketika Musa a.s. membaca lauh-lauh (papan bertulis), terlihat olehnya sifat-sifat kelebihan umat Muhammad saw., lalu beliau berkata: ' Ya Tuhanku siapakah gerangan umat yang dirahmati seperti yang kudapati dalam lauh-lauh ini?' maka berfirman Allah SWT: Itulah umat Muhammad. Mereka rela dengan rezeki sedikit yang aku berikan kepadanya, maka Aku pun rela dengan amalan yang sedikit dari mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam surga dengan kesaksian Laa ilaaha illallah ! 


    Berkata Musa a.s.: 'Aku dapati dalam lauh-lauh ini suatu umat yang akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan wajah-wajah yang bercahaya laksana bulan purnama. Jadikan lah mereka itu umatku ya Allah!' berfirman Allah: 'Mereka itu adalah umat Muhammad. Aku bangkitkan mereka pada hari kiamat dengan wajah bersinar dan bercahaya disebabkan bekas-bekas wudhu dan sujud mereka'

    Berkata Musa a.s.: 'Aku dapati dalam lauh-lauh ini suatu umat yang berkain Selendang di pundak dan bersenjatakan pedang di bahu masing-masing. Mereka itu orang-orang yang senantiasa bertawakkal dan dadanya penuh keyakinan. Mereka menyerukan nama Allah di hadapan tiap-tiap rumah Allah untuk berjihad diatas kebenaran, sehingga akhirnya merekapun membunuh Dajjal. Jadikanlah mereka itu umatku!'. Berfirman Allah: ' Tidak! mereka itu umat Muhammad.' 


    Berkata Musa a.s. : 'Aku dapati di dalam lauh-lauh ini suatu umat yang bersolat lima kali sehari semalam, sehingga terbukalah pintu-pintu langit dan turunlah rahmat bagi mereka. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!' Berfirman Allah : 'Mereka itu adalah umat Muhammad' 


    Berkata Musa a.s. : 'Aku dapati dalam lauh-lauh ini suatu umat yang berpuasa di bulan ramadhan untuk-Mu, lalu Engkau mengampuni segala kesalahan mereka sebelum mereka itu. Jadikanlah mereka itu umatku!' berfirman Allah: 'Mereka itu umat Muhammad' 


    Berkata Musa a.s. : 'Aku dapati dalam lauh-lauh ini suatu umat yang mengunjungi Baitul Haram (Kaabah) kerana-Mu, tiada keperluan lain kecuali itu. Mereka hanya meratap dan menangisi diri sendiri serta mengumandangkan suara takbir membesarkan nama-Mu. Jadikanlah mereka umatku!' berfirman Allah: 'Mereka itu umat Muhammad.' Musa berkata lagi: 'Apakah ganjaran mereka atas perbuatan itu?' jawab Allah: 'Aku akan menambahkan bagi mereka maghfirah (ampunan) dan akan aku izinkan mereka memberi syafaat (do'a pertolongan) kepada siapa saja yang datang sesudah mereka.' 


    Berkata Musa a.s. : 'Aku dapati dalam lauh-lauh ini suatu umat yang memohon ampun atas dosa-dosanya. Mereka menyuapkan suatu makanan ke dalam mulutnya. Belum sampai makanan itu ke dalam perutnya, dosa-dosa itu telah diampunkan oleh Allah. Mereka menyuapkan makanan itu dengan menyebut nama-Mu dan mengakhirinya dengan mengucapkan syukur dan memuji-Mu. Jadikanlah mereka itu umatku!' berfirman Allah: 'Mereka itu adalah umat Muhammad.' 


    Berkata Musa a.s. : 'Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam lauh-lauh ini suatu umat yang apabila bercita-cita untuk melaksanakan suatu kebajikan, kemudian tidak dilaksanakannya, akan dicatatkan satu kebajikan. Tetapi bila dilaksanakan kebajikannya itu dicatatkan baginya sepuluh kali lipat dari kebaikan itu, atau sehingga menjadi tujuh ratus kali lipat pahalanya. Jadikanlah mereka umatku!' berfirman Allah: 'Mereka itu adalah umat Muhammad.' 


    Berkata Musa a.s. : 'Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam lauh-lauh ini suatu umat yang apabila mereka berniat melakukan suatu kejahatan, kemudian tidak dilakukannya, tidaklah dicatatkan baginya suatu dosa. Akan tetapi jika diteruskan cita-citanya itu dengan mengerjakan satu kejahatan barulah dicatatkan baginya satu dosa. Jadikanlah mereka itu umatku!'. Berfirman Allah: 'Mereka itu umat Muhammad.' 


    Berkata Musa a.s. : 'Ya Tuhanku! Aku dapati di dalam lauh-lauh ini suatu umat, mereka itu sebaik-baik manusia. Mereka menyuruh berbuat baik dan melarang perbuatan jahat, jadikanlah mereka itu umatku!'. Berfirman Allah: 'Mereka itu umat Muhammad.' 



    Berkata Musa a.s. : 'Ya Tuhanku! Aku dapati dalam lauh-lauh ini suatu umat yang dibangkitkan pada hari kiamat dalam tiga golongan. Satu golongan akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. Satu golongan lagi akan dihisab dengan hisab yang ringan saja. Dan golongan terakhir disucikan dari segala dosanya, lalu merekapun masuk ke dalam syurga. Jadikanlah mereka itu umatku!'. Berfirman Allah: 'Mereka itu umat Muhammad.' 


    Berkata Musa a.s. : 'Ya Tuhanku! Engkau telah menganugerahkan segala kebaikan kepada Muhammad beserta umatnya, maka jadikanlah aku sebagai umatnya!'. Berfirman Allah SWT: "Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah memilihmu di antara manusia untuk menyampaikan risalah dan kalam-Ku, maka terimalah apa yang akan Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau menjadi orang-orang yang bersyukur." (Q.S.7:144) 


    Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada sahabat-sahabatnya: "Apa yang kalian katakan mengenai firman Allah berikut ini : 

    " Dan tidaklah engkau berada dekat bukit Thur (Shina) ketika Kami menyeru ..." (Q.S. 28:46) 


    'Allah dan Rasul-Nya sajalah yang lebih mengetahui.' Maka bersabda beliau: "Ketika Allah berbicara dengan Musa a.s., maka Musa berkata:"Ya Tuhanku adakah Engkau telah menciptakan seorang mahluk yang lebih mulia di sisi-Mu daripda aku ? Engkau telah memilihku di antara banyak manusia dan Engkau berkata kepadaku di gunung Thur Sina.' Allah berfirman: 'Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Muhammad itu lebih mulia di sisi-Ku daripada semua mahluk-Ku? Sudah Ku teliti semua kalbu hamba-Ku, maka tidak Aku dapati satu kalbu pun yang lebih merendah daripada kalbumu. Oleh karena itu Aku memilihmu di antara sekalian manusia untuk menyampaikan risalah dan kalam-Ku. Maka hendaklah engkau mati dalam keadaan mengesakan Aku (bertauhid) dan juga dalam mencintai Muhammad saw.' 

    Berkata Musa a.s.: 'Ya Tuhanku! adakah di muka bumi ini suatu kaum yang lebih mulia di sisi-Mu daripada kaumku? Engkau telah melindungi mereka dengan awan kemawan. Engkau turunkan Manna dan Salwa dari langit untuk makanan mereka.' Allah berfirman: 'Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui bahawasannya kelebihan umat Muhammad atas semua umat yang lain laksana kelebihan-Ku atas sekalian mahluk-Ku?


    Berkata Musa a.s.:' ya Tuhanku!, izinkanlah aku untuk melihat mereka (umat Muhammad)!' Allah berfirman:'Engkau tidak akan dapat melihat mereka. Tetapi jika engkau ingin mendengar suara mereka, dapatlah Aku memperdengarkan padamu.' Berkata Musa: 'Baiklah, aku mahu.' Berfirman Allah SWT: ''Wahai umat Muhammad!' maka sekalian umat Muhammad menyahut bersama-sama dengan suara yang keras:'Labbaikallahumma Labbaik!' (kami datang kepada-Mu ya Allah, kami datang), sedangkan ketika itu mereka masih berada dalam tulang sulbi ayah-ayah mereka." 


    sumber : klik sini