Thursday, August 16, 2012

HARI PERJALANAN

Wahh! hari ini cuti sekolah sempena hari Raya Aidilfitri telah bermula. Kebanyakan warga kota mula beransur-ansur meninggalkan Kuala Lumpur untuk cuti beraye di kampung. Natijahnya petang semalam jalan MRR2 jem teruk giler.. En. husband bertolak balik kerja pukul 5.30 petang dari Bangi dan sampai di rumah di Ampang pukul 7 mlm hasil penangan jammed yang dasyat.


 Pada kebiasaan cuti raya saya akan menyambut seruan kerajaan yang memberi cuti awal kepada sekolah dan semua pelajar termasuklah pelajar IKM walaupun mereka sudah bukan pelajar sekolah. (err.. faham tak ayat tu?) Tapi cuti raye kali ini lain sedikit kerana hari ini saya masih terpacak di ofis dengan harapan usaha ini akan diberi ganjaran APC.


Perasaan raya kali ini memanglah kurang best dan pastinya amat sedih kerana kehilangan 2 orang ahli keluarga yang telah saya citerkan dalam entri-entri yang lepas. Namun perasaan sedih itu tidak juga berjaya untuk menghilangkan mood shopping raye memandang SALE kat KL ni memang gila-gila murah. Yelah! kan bukan perempuan namanya kalau tidak suka shopping Mak Jemah kann!..  Tapii sebelum bershopping sakan tu pastikan budget tak terover - kann tersilap guna duit gaji bulan 8 yang tersenyum2 malu di dalam akaun tu memang menangis ler jawabnya bulan depan nak bayar segala bil.. huhuhuh!


Apepun, dalam kemeriahan kita menyambut lebaran yang akan menjelang ini, alangkah berbahagianya jika kita mengakhiri hari-hari di bulan Ramadhan yang terakhir ini dengan segala amal ibadah yang sebanyak mungkin. Shopping pun shopping jugak tapi lebih bermakna jika kita bersyukur berbanyak-banyak di atas segala rezeki, nikmat, kesihatan, keselamatan dan sebagainya yang menjadi milik kita pada hari ini. Sama-sama kita menginsafi bahawa masih ramai mereka yang susah, yatim piatu, hidup yang tersepit dan sebagainya. Jika mampu untuk dibantu kita bantu ok. 



Kepada semua yang pulang berhari raya, sama-sama kita berdoa banyak-banyak agar selamat dalam perjalanan. Pastikan kenderaan di servis sebelum bertolak yea. Kepada ibu-ibu sediakan makanan dan minuman yang secukupnya kepada si kecil si kecil anda yang sentiasa lapar kalau naik kereta kann?.. jenuh tadah telinga dengar diorang mengamuk kat belakang sebab lapar.. haru-haru... uhuhu! Kepada bapa-bapa pastikan rehat yang cukup sebelum bertolak dan banyak-banyaklah bersabar. Ketahanan fizikal dan mental amatlah diutamakan dalam memastikan perjalanan yang selamat. Betul tak?



Semoga Ramadhan yang akan datang kita sempat bertemu lagi. Insyaallah!


No comments: