Friday, July 13, 2012

Ramadhan yang menjelma

Genap seminggu lagi kita semua akan meraikan kedatangan Ramadhan yg penuh dengan keberkatan. Jom kita mula berazam untuk mempertingkatkan lagi amalan kita di bulan yg dinanti-nantikan itu.


Namun Ramadhan kali ini agak terasa hambar kerana saya baru sahaja kehilangan 2 orang yang rapat dalam hidup saya iaitu bapa mertua dan atuk yang tercinta. Bapa mertua pergi menghadap Ilahi pada 6/5/12 lepas kerana serangan jantung dan tepat umur saya yg ke-30 iaitu pada 25 Jun 2012  atuk menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua. Saya bermimpi berjumpa atuk seminggu selepas pemergiannya, wajahnya begitu tenang dan tersenyum apabila saya memeluknya. Begitu pahit kenyataan ini namun terpaksa saya terima. Semoga roh kalian ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan bertaqwa.  



Itulah roda kehidupan setiap yang hidup akan mati jua. Cepat atau lambat sahaja yg membezakan kita semua. Ramadhan kali ini jua mungkin yg terakhir dalam hidup, jom sama-samalah kita meraikan dan menghiasi hari-harinya dengan amal ibadah yg penuh ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik penghijrahan yang lebih tulus agar kita menjadi hamba-Nya yang benar-benar bertaqwa. Insyaallah!

No comments: