Monday, July 23, 2012

Bersedekah

Salam..

Hari ini telah masuk bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua muslimin dan muslimat. Alangkah seronoknya jika kita dapat memenuhi bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan pelbagai amalan mulia disamping ibadah-ibadah yang lain.

Bulan Ramadhan mengandungi rahmat, keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Salah satu ibadah yang digalakkan di dalam islam ialah perbanyakkan sedekah. Sedekah adalah sesuatu yang signifikan. Bukan sekadar kita memberi wang kepada fakir miskin malah sedekah itu boleh meliputi pelbagai aspek. Hmm.. macammane tu yea?

Jika kita memandu kereta tiba-tiba ada kereta dihadapan yang ingin keluar dari simpang, jadi apa salahnye kita tekan brek skit bagi laluan agar dia dapat pergi dulu kan.. itupun dikira sedekah, so simple isn't it?


Selain daripada wang ringgit dihulurkan kepada yang memerlukan boleh juga jika kita meneruskan amalan mulia yang diamalkan oleh jiran tetangga di kampung iaitu berkongsi juadah berbuka. Sedekah jea skit barang sepiring dua kepada jiran-jiran sebelah insyallah hubungan silratulrahim makin erat. Malah lebih afdhal lagi jika kita bersedekah kepada si fakir miskin. 



Hmm.. sedekah juga boleh diperpanjangkan dengan membaca al-quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Niatkan sedekah terutama kepada ahli keluarga yg meninggal dunia, ibubapa yg masih ada, anak-anak, rakan taulan, jiran-jiran dan  semua umat islam. Insyaallah! roh mereka akan tenang menerima sedekah ayat2 suci al-quran tadi dan hidup kita akan mendapat keberkatan dari Ilahi.

  

Ucapan yang baik pun dikira sedekah...kalau gitu memang sangat lah banyak amalan sedekah yang boleh diamalkan sepanjang bulan yang mulia ini. Jadikan Ramadhan 2012 sebagai titik permulaan untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik.  


Jauhi gosip-gosip hangat yg tak hengat tu. Katakan tidak kepada mengumpat. Jaga setiap butir bicara yang keluar dari mulut kita tu.Ubah cara percakapan yang pedas-pedas kepada yang enak-enak didengar. Kurangkan bercakap perkara yang tiada manfaat. Banyakkan zikir kepada Allah itu yang terbaik. Kalau tak ingat nak berzikir yang panjang-panjang tu cukuplah dengan menyebut subhanallah, alhamdulillah, lailahaillah, allahukabar dan astagfirullah al-azim.


Okey la jom kita sama-sama menghiasi Ramadhan kita kali ini dengan akhlak yang mulia, amalan terpuji dan ibadah yang berlipat kali ganda agar kita menjadi insan terpilih untuk menghuni Syurga yang abadi kelak. Insyaallah!

No comments: