Monday, July 11, 2011

BILA SOLATMU GUNDAH




Bila solatmu gundah
wudukmu was-was
diulang-ulang membilas
hingga hatimu puas

bila solatmu gundah
Takbirmu resah
Syaitan bermadah-madah
buat hatimu jadi gelisah

Bila solatmu gundah
Bacaanmu lelah
fikiranmu kalah
Jiwamu semakin rendah

Bila solatmu gundah
Kembalilah kepada Allah
Itu tanda dosamu bergalas
Hatimu hitam berbekas

Bila solatmu gundah
Tinggallah segala maksiat
Jauhi segala umpat dan fitnah
Hiaslah akhlakmu penuh mahmudah


Bila solatmu gundah
Solat taubat nasuha adalah pengubat
seribu kekesalan dicurah
Semoga hidupmu kembali terarah




p/s-Insyaallah!

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Fifah

Insyaallah
terima kasih

Wassalam

Irfa said...

salam Dear Fifah..
singgah sini ,prasan awak follow.tq

Guru said...

nasihat yang baik.... terima kasih