Monday, March 15, 2010

BILA HATI DISAKITI

Bila hati disakiti ingatlah :

1. Allah Maha Penyayang - Dia sentiasa ada untuk menenangkan amarah dalam diri.

2. Allah akan menghapuskan segala dosa dan mengirim amalan-amalan baik orang yang menyakiti hati kita kepada kita.

3. Pasti ada hikmah disebalik yang terjadi. Mungkin ia sebagai titik perubahan atau anjakan paradigma dalam diri untuk kita menjadi orang yang lebih baik.

4. Sebagai kafarah di atas segala dosa-dosa yang lepas. Mungkin syurga yang indah sedang menanti kita dan suami tercinta di akhirat kelak.

5. Pasti ada pembalasan Allah yang sedang menanti kepada mereka yang menyakiti kita, seperti pepatah Inggeris mengatakan " what goes around comes arounds".

6. Sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup untuk mematangkan fikiran dan menguji kekuatan iman untuk menghadapinya.

7. Allah menunjukkan kita siapa sebenarnya teman hidup yang sejati dan siapa sahabat yang benar-benar ikhlas membantu kita.

8. Allah menunjukkan kita siapa mereka yang sebenarnya - nampak seolah-olah baik, mesra atau wara' tetapi sebenarnya adalah batu api yang menyala-nyala.

9. Allah mengabulkan doa-doa kita dengan mudah dan menunaikan impian hidup kita. Sebagai contoh, Allah telah membuka pintu rezeki yang melimpah ruah dan menganugerahkan kita keluarga yang bahagia. Alhamdulillah.

No comments: